"إن أحدكم يجمع خلقه في بطن أمه أربعين يوما ثم يكون في ذلك علقة مثل ذلك ثم يكون في ذلك مضغة مثل ذلك ثم يرسل الملك فينفخ فيه الروح ويؤمر بأربع كلمات بكتب رزقه وأجله وعمله وشقي أو سعيد"
Ertinya : “Sesungguhnya setiap kamu diciptakan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti demikian itu, kemudian jadi seketul daging seperti yang demikian juga, iaitu 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu diitup roh padanya dan diperintahkannya menulis empat kalimat, iaitu rezekinya, umurnya, amalnya dan celaka atau bahagia.” Muttafaqun ‘Alaihi.لكل من الحيوان المنوي وبويضة المرأة حياة تناسبه إذا سلم من الآفات, تهيئ كلاً منهما بإذن الله وتقديره للاتحاد بالآخر , وعند ذلك يتكون الجنين إن شاء الله ذلك, ويكون حياً أيضاً حياة تناسبه حياة النمو والتنقل في الأطوار المعروفة , فإذا نفخ فيه الروح سرت فيه حياة أخرى بإذن الله اللطيف الخبير .
Yang bermaksud : “Jika ditakdirkan air mani dan telur wanita tidak mati, kedua-duanya akan hidup sesuai dengan keadaan kedua-duanya (seperti yang diciptakan). Dengan izin Allah dan takdir-Nya kedua-duanya akan bersatu. Ketika itu akan terbentuklah janin dengan izin Allah. Dan janin itu hidup sesuai dengan perkembangannya dan peningkatannya mengikut tahap yang sudah ditetapkan. Apabila ditiup roh padanya akan berputik satu kehidupan dengan izin Allah yang Maha Lembut dan Maha Mengetahui”.Tatkala berada di tengah-tengah bilik pembedahan sekitar jam 9.43pagi, dapat ku lihat lampu bilik bedah itu sama seperti yg sering ditonton dalam televisyen. Inilah kali pertama diri ini memasuki bilik bedah. Dan buat pertama kali, diri ini akan melalui prosedur yg melibatkan GA(general anaesthetic) yg melibatkan bius seluruh badan.
D&C (Dilation & Curettage) is a surgical procedure often performed after a first trimester miscarriage di mana ia merupakan satu minor procedur, walaubagaimana pun melibatkan bius seluruh badan dan perlu masuk ke bilik bedah utk melaksanakan prosedur ini. Prosedur ini memakan masa lebih kurang 2-4jam. Kebiasaannya ibu yg gugur dan bayinya tidak keluar habis, juga perlu melakukan prosedur D&C utk mencuci agar rahim ibu itu kekal dalam keadaan baik & boleh mengandung di masa akan datang.
Sehari sebelum prosedur dilakukan, saya bersama keluarga telah berjumpa Dr Pakar Sakit Puan utk check buat kali kedua, manalah tahu perkara yg saya dapat tahu beberapa hari sebelum Hari Raya 'Aidilfitri itu dengan izin Allah SWT, keajaiban boleh berlaku.
Dr memberitahu terdapat 2 kemungkinan kenapa bayi itu tidak berkembang & masih tidak mempunyai dengupan jantung sebelum melakukan ultrasound ke atas diri ini. Kemungkinan yg pertama 1) bayi itu telah meninggal dunia, dan kemungkinan yg kedua 2) telur yg dihasilkan oleh si ibu adalah lambat, maka persenyawaan berlaku lambat, maka tidak boleh dikira atau berlaku kesilapan terhadap pengiraan umur bayi dalam kandungan. Maka utk membuat confirmation ini, dua test telah dilakukan.
Semasa Dr membuat ultrasound abdominal(pada bahagian permukaan atas), bayi dlm kandungan tidak dapat dilihat melalui skrin yg dipaparkan. "Apa yg boleh saya perhatikan dari sini 99% confirmation bayi ini telah tiada, tetapi takpe, kita akan membuat vagina ultrasound utk 100% confirmation" Dr itu memberitahu pada keluargaku.
Dan apabila vagina ultrasound dilakukan, terkumat kamit pada mulut saya membaca "bismillahi tawakkal tu 'ala Allah-dan diri ini hanya mengharapkan keredhaanNYA dan apa yg ditakdirkan terbaik olehNYA"
"Nampaknya saya amat bersetuju dengan Dr pakar yg telah dibuat di Penang, 100% bayi ini telah mati lebih kurang sebulan yg lalu"... pada masa itu ku lihat gambar bayi dalam kandungan, bayi yg berukuran 4.4 mm, rahim ku yg besar 11 minggu, ku lihat ada wajah tangan pada bayi dalam kandungan ku, namun benarlah, bayi itu sungguh kecil sekali, berbeza dengan rahim ku yg berkembang besar.
"Perkara seperti ini adalah perkara biasa berlaku. Statistik kajian menunjukkan dalam 15 orang daripada 100 orang yg mengandung akan mengalami situasi seperti ini. Disebabkan adik tidak mengalami sebarang pendarahan, maka ia dikenali missed miscarriage, mati dalam kandungan. Dan mengikut jangkaan 4minggu-6minggu pendarahan akan berlaku erti kata lain turun darah" Dr menjelaskan. "Disebabkan ini adalah anak yg pertama, maka saya suggest melakukan D&C, 50% daripada mereka yg gugur tidak habis keluar, maka perlu juga melakukan D&C if bukan sekarang"
Setelah berbincang, mak abah & suami, maka D&C dilakukan esok hari(4hb Sept 2011). Malam ini tidak mampu ku ungkap dengan kata-kata, hanya sentiasa berdo'a dalam hati dan hanya mampu mengadu padaNYA. Jam seawal 4 pagi ku bangun, dan terus mencari Allah SWT, dalam fikiranku "adakah Allah SWT terlalu merindukan rintihan hambaMU ini barulah hal ini terjadi?" namun, redha, dengan apa yg ditakdirkanNYA. Dalam do'a hanya mengharapkan agar prosedur berjalan dengan lancar & selamat.
Jam 6 pagi tepat, ubat 5 biji ditelan utk induced mcm orang bersalin. 7.02 pagi tepat tiba di hospital dan terus dimasukkan ke dalam wad, ayat-ayat Al-Qur'an bermain di bibir, melihat wajah suami & ibu tersayang.
Jam 7.30 pagi, sakit seperti period pain mula dirasai, sekitar jam 8pagi, sakit belakang, tulang belulang, dan denyutan di sekitar bawah mulai kuat dan makin kuat. Tatkala ini, bila tengok ada stain darah, maka mengikut Dr, bukaan laluan seperti orang bersalin dah mula terbuka. "“La takhaf wa la tahzan, Innallaha ma'ana”, Jangan takut jangan sedih, Allah pasti bersama kita"
Tepat jam 9.10 pagi, diri ini telah ditolak ke bilik pembedahan, sempat lagi ada sifat malu, "malunye orang tengok", ku memberitahu pada mak & suami yg turut sama ikut nurse ke luar pintu bilik pembedahan. Sampai hadnya, suami & mak tak dapat nak ikut dah. Hanya menunggu di luar. Bila masuk bilik bedah, Dr pakar bius pun mulai membuat explaination prosedur membius, dan ku perlu sign borang agreement apa entah utk bius tu. Sewaktu belakang tapak tangan mula dicucuk dengan jarum utk dibiuskan, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
"Sakit sungguh, tapi kesakitan kematian pasti lebih dahsyat dari ini" pujuk hatiku, dalam masa yg sama diri ini pun mengucap dua kalima syahadah sehingga tidak sedar diri.
"Adik-adik, bangun, dah siap dah operate", ku membuka mata, dan mengucapkan rasa syukur pada Allah SWT, semuanya telah selamat, dan tatkala ini airmata mula mengalir, mengenangkan bayi dalam rahimku sudah dikeluarkan... Sedih yg amat... Teramat... dan tidak mampu ku ungkapkan lagi. Ku masih bersyukur kerana diberi peluang & nikmat oleh Allah SWT utk menjalani kehidupanku sebagai hamba Allah SWT dan agar ku masih diberi masa utk ber'amal dan sujud padaNYA sebelum masa itu terlambat buatku.
Kerana keletihan yg amat, ku pejamkan mata, dan menunggu masa utk ditolak keluar masuk ke wad semula. Apabila nurse membawa ku keluar dari bilik bedah, kedengaran suara adik-adikku, dan ada yg bertanya "kak Siti ni dah sedar ke", ku hanya mengangguk, sekadar memberi isyarat bahawa ku sudah sedar. walaupun ibu ku memberitahu pada masa itu ku masih mamai dengan pengaruh drug bius yg diberikan.
Masih ku ingat lagi, semasa tiba di penghujung jalan yg tidak dibenarkan masuk sebelum masuk ke bilik bedah, suami tanyakan pada nurse "di mana surau?", dan pagi semasa solat subuh berjemaah sebelum ke hospital, suami ku membacakan surah Al-Mulk. Entahlah kenapa subuh itu terasa sayu. Dan ku memohon kemaafan dari suamiku andai diri ini tidak menjadi seorang isteri yg baik & menyenangkan hatinya.
6hb Sept 2011, kandungan yg terdapat dalam rahim termasuk uri ku selamat ditanam dibelakang rumah sewa kami. Hati pilu menusuk diri, fikiranku selama beberapa hari ini masih terbayang pada kandungan itu. Kandungan, zuriat yg tidak kesampaian, masih belum tiba rezeki kami utk mempunyai zuriat lagi. Pasti besar hikmahNYA. Semoga rezeki yg lebih baik menunggu kami di kemudian hari.
Di dalam sebuah hadith "Wahai Abu Hurairah, kejadian apa pun yg engkau temui, sungguh pena telah mengering; qada' telah ditetapkan; qadar telah selesai diputuskan; segala ketetapan telah selesai ditulis; pena telah diangkat; dan lembaran telah mengering"
Inilah ujian yg ku rasakan besar buat diri ini setelah pernah gagal 2 kali dalam akademik semasa membuat bidang pergigian suatu ketika dulu. Kini, ku bakal memasuki tahun akhir Sarjana Muda Sains Forensik dan bakal berdaftar praktikal selama 1 semester di Maktab PDRM Cheras. InsyaAllah, ujian ku ini kecil sahaja berbanding ujian-ujian ummat-ummat terdahulu. Inilah lumrah perjuangan, perlukan ujian agar diri menjadi lebih kental & teguh, agar di masa hadapan tiada perkara yg ditakuti melainkan MAHA PENCIPTA. Hanya DIALAH yg berhak ditakuti...
Firman Allah SWT dalam surah Al-Ma'idah ayat 119, maksudnya :
"Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepadaNYA"
~Zauj menggalikan tanah dibelakang rumah~ |
~Detik-detik yg menyayat hati buat abinya, Abdul Hakim bin Abdul Jalil~ |
~Al-fatihah~ Suatu pengalaman & nikmat berharga yg dikurniakan Allah SWT buat kami berdua. Alhamdulillah |
***Artikel ini ku dedikasi khas buat suami tercinta selepas Allah SWT & Rasulullah S.AW, ku tahu tangisan yg tersembunyi disebalik wajahmu yg tenang, ku tahu betapa sukarnya detik-detik dirimu tanam kesemua isi kandungan yg terdapat dalam rahim zaujah(isteri)mu ini, ku tahu walau tak mampu ku ungkapkan, namun kita masing-masing mengalami detik-detik sukar menghadapi ujian ini. Bahkan bukan hanya satu ujian, tetapi beberapa ujian yg tidak mampu dilafazkan, biarlah terbuku dalam hati, biarlah tersemai dalam iman, biarlah Allah SWT menjadi tempat kita mengadu, walau sukar bagaimana dirimu, akan ku terus senyum & bangun serta bangkit berjuang, dan semoga dirimu juga akan sentiasa bangun menuju keredhaan Allah SWT. My beloved zauj, all the best in finishing your thesis master, may Allah SWT always bless our family and every ummah in this whole entire world***
11 Syawal 1432 H
09 September 2011
"Keredhaan memiliki buah yg melimpah berupa keimanan. Orang yg redha hatinya akan terangkat hingga tempat yg paling tinggi, yg kemudian mempengaruhi keyakinannya yg semakin mendalam dan kuat mengakar. Pengaruhnya kemudian adalah kejujuran dalam berucap, berbuat dan berperilaku"