Assalamu'alaikum Wrt...
After longggg time menyendiri ambil masa untuk bercinta dengan puteri sulung, Aisyah Humayra'... InsyaAllah azam tahun baru saya adalah untuk aktif balik dalam dunia blogger. Do'akan ye kawan-kawan. Rindu sangat nak bercerita and menulis tentang pengalaman selama menyendiri ini :)
Okey, nak tidur dulu. Tunggguuu ye ^_^
CAHAYA PENAWARKU
it's all about my ups and down in life...and the seek of the truth
Dimulakan dengan Bismillah
Thursday, November 7, 2013
Thursday, September 27, 2012
Word Of Wisdom
Assalamu'alaikum Wrt,
Alhamdulillah, dah sebulan saya berada di INFORMM, dan kadang-kadang turun naik perasaan dan semangat utk sambung belajar ini. Tapi, InsyaAllah, mungkin ini yg terbaik buat diri dan anak dalam kandungan, tambahan lagi zauj yg masih belum habiskan pengajiannya peringkat sarjana lagi.
Di sini, sekadar nak share utk bagi semangat buat diri sendiri, zauj tercinta, dan pembaca semua :)
Word of Wisdom : Goal
Goal is a dream with a deadline.
Goals in writting are dreams with deadlines.
Goals that are not written down are just wishes.
People with goals succeed because they know where they're going.
Without goals, and plans to reach them, you are like a ship that has set sail with no destination.
First say to yourself what you would be; and then do what you have to do.
An archer cannot hit the bullseye if he doesn?t know where the target is.
Begin with the end in mind.
11 DzulQaida 1433 H
Khamis, 27 September 2012
Khamis, 27 September 2012
Wednesday, September 26, 2012
Our Little Khalifah
Assalamu'alaikum Wrt,
Alhamdulillah, selepas gugur selama 2 kali (in my previous entry it was not actually false positive, it is still considered as miscarriage), dengan izinNYA bakal little khalifah berada dalam rahim saya. Dan dengan izinNYA juga, saya sudah masuk 2nd trimester.
It was actually a tragedy for having 2 miscarriage. Disebabkan mungkin faktor lemahnya iman saya, maka, saya memakan masa yg lama utk menerima dan redha dgn apa yg jadi (walaupun mula-mula dpt tau tu saya kata saya redha), but redha, adalah bila kita betul-betul berserah segala-galanya pada Allah SWT.
Dalam post yg lepas, kesabaran membuahkan hasil. Begitu juga dalam faktor ini, walaupun perjalanan masih jauh dan masih terlalu awal utk mengatakan apa-apa, saya sgt bersyukur kerana Allah memberi peluang utk merasakan nikmat mengandung ini walaupun alahan saya yg teruk.
Semoga bakal little khalifah ini akan menjadi anak yg soleh/solehah, dan menjadi ummat Rasulullah SAW yg meneruskan perjuangan baginda SAW ini, InsyaAllah. Ummi dan abi kena menjadi contoh yg baiklah ye ^_^
Semasa 8 minggu kandungan |
Semoga bakal little khalifah ini akan menjadi anak yg soleh/solehah, dan menjadi ummat Rasulullah SAW yg meneruskan perjuangan baginda SAW ini, InsyaAllah. Ummi dan abi kena menjadi contoh yg baiklah ye ^_^
10 DzulQaida 1433 H
Rabu, 26 September 2012
Rabu, 26 September 2012
Tuesday, September 25, 2012
Kesabaran yg Membuahkan Hasil
Assalamu'alaikum Wrt,
Dah lama saya tinggalkan blog ini. Sedar tidak sedar post terakhir saya adalah pada bulan Januari yg lalu, sekarang sudah hampir di penghujung bulan September. Pasti ada banyak cerita dan pengalaman yg sudah kita semua lalui.
Alhamdulillah, kali ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak majlis konvokesyen saya yg telah diadakan pada 21hb September yg lalu, bersamaan dgn hari Jumaat. Setelah gagal dalam bidang pergigian selama 2 tahun, dan meneruskan bidang sains forensik selama 4 tahun, akhirnya segulung ijazah (mcm tak gulung je...) berjaya diperolehi dgn izin Allah SWT.
Bagi saya, saya adalah antara yg bertuah yg Allah pilih utk memperolehi ijazah sarjana muda ini. Mengingatkan mungkin masa ramai di luar sana yg tidak memperolehi ijazah sarjana muda ini seperti saya, namun saya percaya dan yakin, kehidupan yg mereka pasti menarik dan bahagia dengan nikmat lain yg mereka perolehi.
Kenapa ya? Sebab kalau sejak kecil, kita sudah dihidangkan dengan makanan seperti ikan masin dan nasi, dan bila keadaan makin maju, ramai adik beradik yg sudah bekerja seperti sapu sampah dan pak guard, mungkin keluarga mereka dah boleh menikmati hidangan ayam yg pasti akan dirasakan lazat. Lain buat diri saya, yg sejak kecil sentiasa dihidangkan dengan ayam, kalau lah satu hari nanti, saya tidak mampu membeli ayam utk keluarga saya, adakah saya akan mensyukuri nikmat Allah itu? InsyaAllah, kena berusaha utk mensyukuri nikmatNYA.
Apa-apa pun, I'm very happy, so happy, sgt bersyukur, I'm happy sebab dapat membahagiakan mak abah saya :) Bila kita happy, kena tingkatkan ibadah kita. Jangan masa susah je cari Allah SWT. Menjadi anak yg solehah buat mereka adalah cita-cita tertinggi saya, dan menjadi anak yg dapat memberi keputusan yg cemerlang pada mereka juga adalah hasrat saya, agar mereka dapat merasakan segala kesusahan sebelum ini, terbalas. Walaupun tidak sama, sedikit sebanyak saya mampu dengan izin Allah mengukir senyuman pada wajah kedua orang ibu bapa saya.
~This is just the beginning of the episode, InsyaAllah, a long journey is still waiting for us. Allah SWT and Jannah is our destiny~
Dah lama saya tinggalkan blog ini. Sedar tidak sedar post terakhir saya adalah pada bulan Januari yg lalu, sekarang sudah hampir di penghujung bulan September. Pasti ada banyak cerita dan pengalaman yg sudah kita semua lalui.
Alhamdulillah, kali ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak majlis konvokesyen saya yg telah diadakan pada 21hb September yg lalu, bersamaan dgn hari Jumaat. Setelah gagal dalam bidang pergigian selama 2 tahun, dan meneruskan bidang sains forensik selama 4 tahun, akhirnya segulung ijazah (mcm tak gulung je...) berjaya diperolehi dgn izin Allah SWT.
Bagi saya, saya adalah antara yg bertuah yg Allah pilih utk memperolehi ijazah sarjana muda ini. Mengingatkan mungkin masa ramai di luar sana yg tidak memperolehi ijazah sarjana muda ini seperti saya, namun saya percaya dan yakin, kehidupan yg mereka pasti menarik dan bahagia dengan nikmat lain yg mereka perolehi.
Kenapa ya? Sebab kalau sejak kecil, kita sudah dihidangkan dengan makanan seperti ikan masin dan nasi, dan bila keadaan makin maju, ramai adik beradik yg sudah bekerja seperti sapu sampah dan pak guard, mungkin keluarga mereka dah boleh menikmati hidangan ayam yg pasti akan dirasakan lazat. Lain buat diri saya, yg sejak kecil sentiasa dihidangkan dengan ayam, kalau lah satu hari nanti, saya tidak mampu membeli ayam utk keluarga saya, adakah saya akan mensyukuri nikmat Allah itu? InsyaAllah, kena berusaha utk mensyukuri nikmatNYA.
Apa-apa pun, I'm very happy, so happy, sgt bersyukur, I'm happy sebab dapat membahagiakan mak abah saya :) Bila kita happy, kena tingkatkan ibadah kita. Jangan masa susah je cari Allah SWT. Menjadi anak yg solehah buat mereka adalah cita-cita tertinggi saya, dan menjadi anak yg dapat memberi keputusan yg cemerlang pada mereka juga adalah hasrat saya, agar mereka dapat merasakan segala kesusahan sebelum ini, terbalas. Walaupun tidak sama, sedikit sebanyak saya mampu dengan izin Allah mengukir senyuman pada wajah kedua orang ibu bapa saya.
~This is just the beginning of the episode, InsyaAllah, a long journey is still waiting for us. Allah SWT and Jannah is our destiny~
Terima kasih Allah, Terima kasih mak abah yg banyak sangat berjasa ^_^
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.
09 DzulQaida 1433 H
Selasa, 25 September 2012
Selasa, 25 September 2012
Saturday, January 14, 2012
~Perkahwinan Jarak Jauh(PJJ)~
Setelah sekian lama saya meninggalkan blog saya, kali ini saya ingin berkongsi satu dilema atau perkongsian mengenai hubungan perkahwinan jarak jauh (PJJ).
Kalau anda mungkin biasa mendengar percintaan jarak jauh, tetapi tahukah anda, hubungan perkahwinan jarak jauh pun sering berlaku dalam masyarakat kita ini. Perkara ini biasa terjadi di kalangan suami isteri yg bekerja di berlainan negeri.
Dalam konteks diri saya pula, kami masing-masing belajar satu kampus, namun tatkala akad nikah dilafazkan, saya perlu menjalani praktikal di Kuala Lumpur manakala suami pula perlu meneruskan pengajian sarjananya di Kelantan. Dan pada masa saya meneruskan semester akhir di Kelantan, suami pula akan habis pengajian sarjananya dan pulang ke Selangor atau Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjayanya. Maka, saya kira-kira sekarang sudah 7 bulan berlalu kami melalui perkahwinan jarak jauh ini, dan akan meneruskannya sehingga akhir bulan 7 tahun ini mungkin. Wallahu'alam
Banyak ujian dan dugaannya tinggal berjauhan, dan salah satu ujian yg paling besar adalah kurang komunikasi antara suami isteri.
Berikut saya kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan jika anda berada dalam situasi seperti ini. Memang ada sesetengah pasangan yang walaupun telah berkahwin, mereka terpaksa juga tinggal berjauhan oleh kerana banyak faktor.
Berikut adalah tips-tipsnya demi menjaga hubungan jarak-jauh anda:-
TIPS 1: Kerapkan berhubungan. Yang terbaik ialah hari-hari! Ya, setiap hari anda WAJIB hubungi pasangan anda. Jika anda berdua tinggal di Malaysia, jangan kedekut sangat melaburkan kredit telefon anda tu untuk telefon pasangan anda. Tiap kali sebelum tidur, telefon dia dan ucapkan ‘good night’ pun sudah mamadai. Anda boleh bergilir-gilir setiap malam untuk siapa yang akan hubungi siapa dulu.
TIPS 2: Gunakan Facebook, YM Messenger atau GTalk sebaik mungkin. Anda boleh berchatting dengan pasangan anda di siang hari sambil anda bekerja di pejabat. Selain ianya percuma saja, anda boleh kekalkan keintiman anda dan pasangan.
TIPS 3: Hujung minggu, pulang ke rumah yang anda tinggal bersama. Paling minimum, jika anda rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi kos, anda boleh pulang bertemu 2 minggu sekali. Seminggu sekali adalah lebih baik sekiranya mampu.
TIPS 4: Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang. Ingat, Allah SWT sentiasa melihat segala perbuatan anda. Jika anda buat perkara yang ‘bukan-bukan’, pastinya pasangan anda akan tahu juga akhirnya.
TIPS 5: Kerapkan lah anda berdua saling ber-SMS.
TIPS 6: Anda boleh sekali-sekala lakukan Video Chat atau video conferencing. Apa yang perlu anda ada ialah hanyalah sebuah webcam yang murah dan banyak boleh dibeli di kedai-kedai komputer dan perisian Skype. Yang best nya Skype ni, anda boleh juga membuat panggilan telefon secara percuma dan perisian ini pun adalah percuma sahaja.
TIPS 7: Dan tips yang terakhir ialah sentiasalah percaya kepada pasangan anda. Percayakan perkahwinan yang anda bina tersebut. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya terhadap pasangan anda. Jika anda mempercayai pasangan anda, nescaya pasangan anda turut akan mempercayai anda jua.
Tidak semua tips di atas saya amalkan. Ia sekadar saya dapati ilmu ini hasil dari pembacaan saya. Kita masing-masing ada cara tersendiri utk menjaga hati pasangan masing-masing. Tetapi bagi saya sebagai seorang perempuan, saya rasakan perempuan suka sekiranya suaminya sering menghubunginya, mengambil berat akan dirinya. Dan bagi pandangan saya, saya lebih suka utk tinggal bersama, namun apakan daya, saya tidak mampu utk tinggal bersama dengan zauj saya. Biarlah masa yg menentukan kami dapat tinggal serumah. Sekiranya rindukan suami, maka sentiasalah berdo'a pada Allah SWT, hanya DIA yg mampu menjaganya tika kita tidak mampu menjaganya. Wallahu'alam.
-Yang merindukan pemilik cintaku selepas Allah dan RasulNYA-
~False positive~
Assalamu'alaikum Wrt Wbt,
Sudah lama tidak menulis, kaku rasanya utk menulis, namun ku gagahkan diri ini utk menulis, sekadar luahan hati yg tidak seberapa, bukan utk tatapan ramai, hanya utk ku meluahkan apa yg terbuku dari hatiku, semoga dengan luahan ini, ku berasa lebih tenang hendaknya...
Baru-baru ini, setelah 3 bulan selepas operation D&C itu, ku diuji dengan satu lagi dugaan, iaitu... saya disahkan mengandung setelah 2 kali buat UPT di rumah. dan kemudian saya pergi ke klinik utk mengesahkannya, dan Dr itu mengesahkan yg saya sudah mengandung...
Maka, bermulalah episod di mana saya menulis diari... tajuknya "diari hati seorang ummi"...
Sudah lama tidak menulis, kaku rasanya utk menulis, namun ku gagahkan diri ini utk menulis, sekadar luahan hati yg tidak seberapa, bukan utk tatapan ramai, hanya utk ku meluahkan apa yg terbuku dari hatiku, semoga dengan luahan ini, ku berasa lebih tenang hendaknya...
Baru-baru ini, setelah 3 bulan selepas operation D&C itu, ku diuji dengan satu lagi dugaan, iaitu... saya disahkan mengandung setelah 2 kali buat UPT di rumah. dan kemudian saya pergi ke klinik utk mengesahkannya, dan Dr itu mengesahkan yg saya sudah mengandung...
Maka, bermulalah episod di mana saya menulis diari... tajuknya "diari hati seorang ummi"...
Diari bakal little caliph
1 Januari 2012
Alhamdulillah, hari ini ummi asyik berangan je kehadiran
anak ummi dan abi seorang ini. Mana tidaknya, ummi dan abi menunggu 3 bulan
selepas tiada rezeki yg lepas. Walaupun
ummi berangan, tapi ummi berjaya juga study 3 nota petang ini dan 1 nota pagi
ini... Bila malam usai tiba, ummi tak dapat nak fokus sebab perut ummi berbunyi
kelaparan walhal baru sahaja makan nasi putih dengan ayam masak pedas(tapi cara
masakan lebih kepada sup ayam yg ditambah cili api). Ummi dan abi sangat
bahagia dan bersyukur dengan berita yg kami terima ini. InsyaAllah ummi dan abi
sedang berusaha utk menjadi yg lebih baik agar dapat mendidikmu dengan baik
anakku. Semoga dirimu sentiasa sihat dalam kandungan ummi. Ummi berusaha sedaya
upaya menahan loya ummi agar dirimu mendapat zat yg secukupnya, InsyaAllah.
Ummi juga sentiasa mendo’akan kesihatanmu setiap kali selepas solat.
2 Januari 2012
Hari ini ummi
study macam biasa, lebih kurang jam 11pagi, ummi tertidur sementara menunggu
auntie shafiqah menyiapkan calculusnya. Dalam jam hampir 1 ptg, ummi dan auntie
shafiqah pergi makan subway. Ummi ambil byk sgt sayur untuk anak ummi yg
seorang ini. Selesai makan, ummi cepat-cepat pergi solat. Hati ummi riang
gembira, hanya Allah yg tahu. Masa ummi dalam perjalanan nak balik maktab, ummi
tergerak nak ke klinik utk buat check pregnancy. Alhamdulillah, klinik yg ummi
pergi tu, klinik orang Islam. Dr perempuan yg check ummi. Walaupun tak nampak
lagi anak ummi dalam scan tu, ummi do’akan anak ummi sihat selalu. Dr tu sgt
baik, peramah, sentiasa menyebut kalimah-kalimah Allah, menyenangkan hati ummi.
Dr ambil darah ummi dan air kencing ummi untuk buat lab test. Ummi
senang hati, semoga Allah permudahkan segala perjalanan melahirkan seorang
khalifah Allah di muka bumi. Malam ini, ummi rasa mcm nak makan ayam penyet,
tapi tengok keadaan dulu memandangkan ummi ada exam esok pagi, jadi nak kena
revise dulu. Apa-apa pun kalau ada rezeki, dapatlah makan ayam penyet.
5 Januari 2012
Assalamu’alaikum anak ummi, dan abi. Sihat ke? Ummi dan abi
sentiasa mendo’akan anak kami sihat dibawah penjagaan Allah SWT. dah 2 hari
tidak menulis gara-gara exam. Alhamdulillah, exam ummi dah habis, ummi harap
ummi dapat result yg terbaik. Malam
tadi ummi pergi scan walaupun anak ummi baru sahaja 4minggu dan 4hari. Ummi
just nak monitor anak ummi, Alhamdulillah everything seems ok, InsyaAllah. Masa
Dr scan anak ummi ni, ummi selawat dan do’a agar dapat lihat anak ummi.
Alhamdulillah, boleh nampak ada bygn walaupun tidak jelas sbb anak ummi masih
kecil lagi. Dr pesan pd ummi scan lagi 2 weeks. InsyaAllah bila kandungan anak
ummi masuk 6 weeks, ummi akan terus daftar di Penang ye. Buat masa ni, ummi
akan teruskan minum susu, supplement dan sebagainya, paling penting, ummi aim
sgt utk khatam Qur’an before anak ummi ni due, dan sekarang ni pun
Alhamdulillah, ummi cuba
utk bangun qiam sentiasa. Ummi sgt merindukan abi. Abi pun rindukan ummi dan
anak ummi. Ummi berangan tadi masa lawatan tengok K9, ummi berangan “bertuahnya
anak ummi dpt abi dan ummi yg baik”…tapi tiba-tiba ummi rasa ummi bukanlah ummi
yg terbaik utk anak ummi, but InsyaAllah ummi akan buat the best for you…Ummi
tak sabar nak dapat seorang mujahidin yg bakal perjuangkan agama… and before
ummi boleh dapat, tentulah ummi yg kena jadi mcm yg ummi dambakan anak ummi
jadikan, InsyaAllah… semoga ummi akan sentiasa istiqamah dalam perkara-perkara
baik dan meninggalkan perkara-perkara yg dimungkari Allah SWT. Bila mengandung
ni, kdg-kdg hormon ummi tak stabil, ada perasaan nak marah, ummi terus do’a
dalam hati “agar dikurangkan dan dibuang perasaan tak elok ni”… Maafkan ummi
ye, Allah, maafkan ummi ye, anakku…
Cukuplah setakat ini sahaja saya paparkan sebahagian diari hati ini :) Pada suatu hari 10hb Januari, saya dapati ada darah berwarna kecoklatan. Hati saya dah digundang gelisah, dan esok harinya, saya bleeding yg amat dahsyat. Dalam hati saya, saya menguatkan diri untuk berdo'a dan yakin yg bayi dalam kandungan ini selamat. Sejak kematian anak yg pertama dulu, saya sering bangun malam dan bersama dengan DIA YANG MAHA PENCIPTA.... saya berdo'a dan berdo'a, janganlah miscarriage yg kali kedua...
Setelah pergi memeriksa Dr pakar sakit puan, Dr mengesahkan yg sebenarnya saya tidak mengandung. bleeding ini adalah period sebenarnya... Saya sgt bersyukur namun disebalik kesyukuran itu, hati saya luluh, kecewa yg saya belum lagi ada rezeki utk mengandung lagi... Saya hanya tersenyum memandang Dr, suami dan mak. Malam itu suami akan balik semula ke Kelantan. Saya hanya nampak tenang... Saya selawat dan bersyukur pada Allah SWT sebab saya tidak miscarriage... namun, dugaan ini juga merupakan suatu dugaan yg besar buat diri saya... Baru saya sedar kenapa hormon saya tidak stabil, ini kali pertama period saya datang lewat, lewat lama pula tu, 12 hari...
Walau apa yg terjadi, semoga setiap amalan dan ibadah yg dilakukan kan terus istiqamah pada hari-hari yg mendatang... saya yakin, satu hari nanti, Allah SWT kan pasti gandakan rezeki itu :) saya adalah dikalangan insan yg terpilih utk diuji sebegini rupa... Setiap hari pun perlu utk menyedapkan hati ini... Pasti ada hikmah disebaliknya...
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]
أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;
إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]
إن أشد الناس بلاء الانبياء ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم
“Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]
يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون
Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]
Rasulullah melalui satu hadith mengisyaratkan bersabar itu perlulah pada awal kejadian atau pada kejadian yang pertama.
الصبر عند الصدمة الأولى
Bersabar itu adalah pada pukulan yang pertama. [Riwayat Muslim]
Buat suami yg tercinta, maafkan diri ini sebab banyak sgt kekurangan buat dirimu... i'm trying my best to be your wife not only in this world, but also to be the wife in akhirat... [setiap kali ujian yg menimpa, saya seringkali menangis kerana sering fikirkan yg kalaulah suami masuk ke syurga, tapi saya masuk ke neraka....ya Allah, na'uzubillahi min zalik... bagilah kami dan keluarga kami semuanya menuju jalan yg diredhai olehMU ya Allah]
Yang merindui MAHA PENCINTA dan yg merindui pemilik cinta ku selepas Allah dan RasulNYA
20 Safar 1433 H
Sabtu, 14 Januari 2012
Sabtu, 14 Januari 2012
~Merindukan suami yg jauh disisi~ |
Thursday, October 6, 2011
~Kunci segala kunci~
Subscribe to:
Posts (Atom)